Perkembangan jemaah umrah SUHA terkawal

Facebook
WhatsApp
JEMAAH Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa. Foto SUHA

KUCHING: Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) memaklumkan semua jemaah umrah dari negeri ini berada dalam keadaan selamat susulan situasi semasa di Asia Barat yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Timbalan Pengerusinya, Ali Samson Baki, berkata SUHA mengambil maklum perkembangan terkini dan memahami kebimbangan masyarakat, khususnya di Sarawak.

Beliau berkata, ketika ini jemaah Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa.

JEMAAH Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa. Foto SUHA

“Beberapa agensi ahli SUHA juga dijadualkan berlepas ke Makkah dalam masa terdekat mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan jadual, agensi terlibat akan berhubung secara langsung dengan bakal jemaah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, SUHA sentiasa memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.

Beliau turut menasihatkan orang ramai dan ahli keluarga jemaah supaya mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi sahaja serta tidak mempercayai khabar angin yang tidak disahkan.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan memudahkan para duyufurrahman yang sedang dan bakal menunaikan ibadah umrah serta haji di Tanah Suci,” katanya.

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas