Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkemaskan penggunaan mesin dalam industri makanan
  • TEMPATAN

Perkemaskan penggunaan mesin dalam industri makanan

Utusan Sarawak 4 months ago
LAWATAN KERJA… Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail bersama rombongan merakam gambar kenangan di MT Bioglobal SB(MTB) di Taman Perindustrian Pontian Maju.

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak memperkemaskan penggunaan mesin dalam industri makanan melalui perkongsian pengalaman bersama rakan di Semenanjung.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata demikian ketika mengetuai lawatan kerja ke MT Bioglobal SB (MTB) di Taman Perindustrian Pontian Maju, di Johor untuk tujuan berkenaan.

TEKNOLOGI MODEN… Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail mendengar penjelasan mengenai penggunaan mesin dalam meningkatkan hasil pengeluaran produk.

Beliau yang juga Pengerusi Peladang Biolazat Food SB (PBF) dan Maragang GreenValley Dairy SB (MGVD) turut membincangkan arah tuju pembangunan PBF dan MGDV.
Semasa lawatan tersebut, rombongan juga berpeluang melihat secara dekat konsep mesin industri makanan khas bagi penghasilan pelbagai produk makanan berasaskan hasil tani tempatan yang akan digunakan di Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Kubong, Limbang dioperasikan PBF dan Stesen Kerbau Maragang, Lawas dioperasikan MGVD.
Turut serta, Ahli Lembaga Pengarah MGVD dan PBF yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PBF dan MGVD Dr Raja Imran, Ahli Lembaga Pengarah PBF dan MGVD yang juga Ketua Pegawai Operasi MGVD Suzie Balung dan lainnya.
Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cabaran Golf P194 Petra Jaya 2024 Ahad ini
Next: Selepas ini jalan dua lorong dari Jambatan Muara Lassa ke pekan Daro dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.