Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perhimpunan Agung RISEAP ke-20 wadah penyatuan negara anggota
  • SEMASA

Perhimpunan Agung RISEAP ke-20 wadah penyatuan negara anggota

Utusan Sarawak 7 months ago
PERHIMPUNAN Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke-20 pada kali ini dihadiri seramai 1000 peserta yang terdiri daripada 850 tetamu tempatan dan 150 delegasi antarabangsa dari 23 negara dari Asia Tenggara dan Pasifik. FotoUKAS

PHNOM PENH (Kemboja): Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke-20 menjadi wadah dalam memupuk perpaduan dan membina hubungan di antara negara anggota.

Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar berkata, perhimpunan itu akan menghimpunkan persamaan dan perkongisian unik dalam kalangan peserta.

“Saya percaya pada majlis ini kita akan menyatu pemikiran, berkongsi persamaan dan keunikan dalam setiap aspek kepasa kerajaan anda.

“Dan saya percaya hari ini, kita akan meneruskan perbincangan kita.

“Sudah tentu, ini bukan sahaja mengenai perbincangan mengenai perkara rasmi tetapi adalah lebih penting untuk menyepadukan pemikiran, bergaul dan membina ketersambungan sesama kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di sini, hari ini .

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak merangkap Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Majlis kali ini dihadiri seramai 1000 peserta yang terdiri daripada 850 tetamu tempatan dan 150 delegasi antarabangsa dari 23 negara dari Asia Tenggara dan Pasifik.

Para deligasi termasuk dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos, Sri Lanka, Maldives, New Zealand, Australia, Fiji Island, Papua New Guinea, Vanuatu, Samoa, New Caledonia, Taiwan, Hong Kong, South Korea, Jepun dan Malaysia. – EDISI UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Komuniti Islam RISEAP perlu terima transformasi ekonomi, teknologi baharu
Next: RISEAP berperanan beri perkhidmatan kepada negara minoriti Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.