Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perebutan jawatan berlangsung dalam semangat persahabatan – Karim  
  • SEMASA

Perebutan jawatan berlangsung dalam semangat persahabatan – Karim  

Utusan Sarawak 3 months ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hari ini.

PETRA JAYA: Perebutan bagi empat jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Bumiputera berlangsung dalam semangat persahabatan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim, yang juga calon bagi jawatan tersebut, menegaskan bahawa tanpa mengira keputusan akhir, semua calon telah memberikan sumbangan besar kepada Parti dan negeri.

“Saya percaya bahawa mereka yang bertanding telah banyak menyumbang kepada Parti (PBB) dan negeri.

“Oleh itu, kekalahan tidak bermaksud mereka tidak diterima.

“Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa ini adalah pertandingan secara persahabatan, tanpa sebarang tindakan menikam dari belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menjelaskan bahawa pembukaan jawatan tersebut untuk pertandingan adalah selaras dengan keperluan statutori yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Sejujurnya, saya sangat gembira kerana adanya pertandingan.

“Inilah masanya untuk kita menilai perwakilan yang akan menguruskan parti dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya.

Pada masa sama, Karim yang juga penyandang jawatan tersebut, menyerahkan keputusan kepada perwakilan.

“Saya tidak terlalu risau, tetapi sudah tentu, apabila bertanding, kita pasti ingin menang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mendedahkan bahawa kempen berlangsung secara sederhana, di mana calon berhubung dengan perwakilan dengan penuh hormat.

“Kami (calon-calon) ada menghubungi perwakilan dan perkara seumpamanya. Kempen dijalankan secara sederhana, sekadar meminta sokongan, dan keputusan akhir diserahkan kepada mereka (perwakilan),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi menteri kabinet yang turut mempertahankan jawatan Naib Presiden PBB sayap Bumiputera ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Selain itu, tiga timbalan menteri yang turut bertanding ialah Datuk Dr Annuar Rapaee (Pendidikan dan Inovasi) serta Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (Utiliti dan Komunikasi), Datuk Len Talif Salleh (Sumber Asli dan Pembangunan Bandar).

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki, adalah satu-satunya calon yang bukan menteri atau timbalan menteri.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Konvensyen PBB ke-16 fokus beberapa perkara agar parti kekal relevan
Next: Naib Presiden PBB: Misi Len Talif jika diberi mandat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.