Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025
  • SEMASA

Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini. Turut menghadiri mesyuarat tersebut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian. Turut bersama dalam mesyuarat berkenaan, Dato’ Sri Fadillah Yusof. Foto UKAS

PETRA JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025 yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam aspek pembangunan menyeluruh.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof, serta Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Turut hadir ialah barisan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Dato Janin Girie, yang menggariskan perancangan strategik untuk memajukan sektor gas negeri itu.

Antara fokus utama ialah usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran gas asli, pembangunan infrastruktur tenaga, serta pelaburan dalam industri hiliran bagi memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga utama di rantau ini.

Seterusnya, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, turut membentangkan taklimat ringkas mengenai peranan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Beliau menerangkan bagaimana DBOS menyokong pembangunan ekonomi negeri menerusi pembiayaan projek-projek strategik yang memberi impak langsung kepada rakyat, terutamanya dalam sektor infrastruktur, pendidikan dan perniagaan.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati daripada Abang Johari kepada Anwar Ibrahim sebagai tanda kenang-kenangan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Chiew: Hormati simbol negara, siasat kecuaian secara telus
Next: Peningkatan penentangan vaksin rabies timbulkan kebimbangan – Dr Maisarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.