Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perdana Menteri Congo, jemaah menteri letak jawatan
  • TEMPATAN

Perdana Menteri Congo, jemaah menteri letak jawatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAKOSSO serah jawatan, kabinet Congo tunggu pembentukan baharu. Foto AGENSI

KIGALI: Perdana Menteri Republik Congo Anatole Collinet Makosso mengemukakan peletakan jawatan bersama jemaah menteri kepada presiden, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan baharu, menurut kenyataan pejabat presiden semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Presiden Denis Sassou Nguesso mengangkat sumpah bagi penggal kelima selepas memenangi pilihan raya pada 15 Mac.

Sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk, barisan menteri sedia ada akan terus menjalankan urusan pentadbiran semasa, menurut kenyataan itu.

Makosso, yang dilantik pada 2021 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Negara atas kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau menjalankan tugas dan menyatakan bahawa beliau kekal bersedia untuk berkhidmat kepada Presiden Republik.

Semasa majlis angkat sumpah minggu lepas, Nguesso berjanji untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik yang menjejaskan benua Afrika. – Bernama

Continue Reading

Previous: KBS perkasa pelapis negara, fokus lahir pemimpin belia berintegriti
Next: UMPSA rancang perkukuh inovasi teknologi sukan untuk atlet para

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.