Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perbincangan peluang kerjasama strategik antara Sarawak, LSE
  • SEMASA

Perbincangan peluang kerjasama strategik antara Sarawak, LSE

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERTEMUAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi mengadakan pertemuan bersama Larry Kramer. Foto UKAS

LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Naib Canselor London School of Economics and Political Science (LSE), Larry Kramer bagi membincangkan peluang kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak hari ini waktu tempatan.

Pertemuan ini merupakan peluang strategik untuk menjalin kerjasama dengan kepimpinan salah sebuah institusi terkemuka dunia dalam bidang ekonomi, dasar awam dan kelestarian.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada usaha meneroka kerjasama jangka panjang di antara kerajaan Sarawak dan LSE.

Kerjasama strategik ini khususnya dalam bidang pendidikan eksekutif untuk perkhidmatan awam dan institusi berkaitan kerajaan, laluan pengajian pascasiswazah dan biasiswa bagi pelajar Sarawak, penyelidikan bersama, jalinan institusi dan pertukaran akademik serta peluang penglibatan LSE dalam agenda iklim, tenaga dan kelestarian Sarawak.

Jalinan kerjasama strategik ini menyerlahkan komitmen Sarawak untuk membina kerjasama akademik bertaraf global yang dapat menyokong aspirasi pembangunan mampan, kepimpinan dasar dan pembangunan modal insan negeri.

Turut menyertai Abang Johari dalam sesi tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Sarawak. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kad pekerja MADANI hadiah Hari Pekerja, ringan beban kos sara hidup
Next: Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 dilancar hujung Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.