Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Peraturan asrama masih fleksibel, pemain dibenarkan keluar setiap hari – Chong Wei
  • SUKAN

Peraturan asrama masih fleksibel, pemain dibenarkan keluar setiap hari – Chong Wei

Utusan Sarawak 4 hours ago
BAM kekal tegas soal disiplin, namun pemain masih diberi kelonggaran keluar setiap hari dan pulang ke rumah pada hujung minggu.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan bahawa peraturan mewajibkan pemain menetap di asrama Akademi Badminton Malaysia (ABM) masih mempunyai elemen fleksibiliti dan bukanlah satu tindakan yang menyekat kebebasan atlet sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Seri Lee Chong Wei berkata pemain sebenarnya dibenarkan untuk keluar setiap hari bagi urusan peribadi, namun mereka wajib kembali ke hostel sebelum 10.30 malam.

Beliau menjelaskan bahawa pada hari Sabtu dan Ahad pula, para pemain diberikan pelepasan untuk pulang ke rumah masing-masing, bagi menghabiskan masa bersama keluarga sebelum kembali menyertai latihan.

“Saya rasa kita agak fleksibel, bukan tiap-tiap hari kita sepenuh masa kena duduk sini. Kita hari Sabtu, Ahad kita kasi dia peluang balik rumah dan setiap hari anda boleh keluar, 10:30 malam anda boleh pulang semua ke hostel.

“Dan jika ada acara, saya rasa akan boleh bagi tahu kita akan balik lewat sebab ada makan makan atau kita ada dalam anugerah. Ini kita boleh terima sebab undang-undang dan peraturan untuk pemain BAM kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis BAM di ABM, Bukit Kiara, hari ini.

Dalam pada itu, Chong Wei turut membuat perbandingan dengan kuasa besar badminton dunia seperti China, Korea Selatan dan Jepun yang mengamalkan sistem disiplin yang jauh lebih ketat terhadap atlet kebangsaan mereka.

“Di China, walaupun sudah berkahwin, mereka tetap perlu tinggal di dalam hostel. Kita di sini lebih fleksibel kerana bagi pemain yang sudah berkahwin, kita beri kelonggaran duduk di luar,” katanya.

Chong Wei yang berpengalaman selama 19 tahun bersama BAM menyifatkan disiplin sebagai tunjang utama dalam kerjaya seorang atlet dan mahu barisan pemain senior menunjukkan teladan yang baik kepada pemain muda.

Mengulas mengenai tindakan disiplin, Chong Wei mendedahkan bahawa pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao, telah diberikan amaran terakhir ekoran masalah disiplin yang dibangkitkan oleh pihak kejurulatihan melalui laporan latihan.

Beliau yang juga legenda badminton negara menegaskan, sekiranya masalah tersebut berulang, BAM tidak akan teragak-agak untuk meminta mana-mana pemain yang terlibat “mengangkat beg” dan meninggalkan persatuan dengan serta-merta.

“Saya sudah berbincang dengan Presiden dan jawatankuasa, kita akan keluarkan mana-mana pemain yang ada masalah disiplin. Macam Jun Hao, saya bagi amaran terakhir. Dia sendiri mengaku dan tidak berani melawan kerana tahu kesalahannya,” katanya.

Chong Wei berkata pemain seperti Jun Hao yang kini memikul tanggungjawab sebagai perseorangan utama BAM, harus menjadi ikon yang diikuti oleh generasi pelapis serta pemain pada peringkat negeri.

Beliau turut memetik nama-nama besar seperti beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sebagai contoh pemain senior yang sentiasa diperhatikan oleh pemain junior dari segi tingkah laku dan komitmen. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Jelas siapa pemenangnya!’: Haiwan di zoo Mexico ramal keputusan Piala Dunia 2026
Next: Sarawak negeri pertama di Malaysia laksana Program Komuniti Jago

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.