Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyertaan memberangsang cerminkan perkembangan pesat sukan Muay Thai
  • SUKAN

Penyertaan memberangsang cerminkan perkembangan pesat sukan Muay Thai

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JUARA KESELURUHAN… Pasukan Muay Thai Kenyalang bergambar bersama trofi kejuaraan selepas dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Piala TYT Muay Thai Sarawak 2025 buat kali kedua berturut-turut di Tebingan Kuching, malam tadi. Foto UKAS

KUCHING: Kejohanan Piala TYT Muay Thai Sarawak 2025 yang berlangsung di Tebingan Kuching malam tadi menyaksikan penyertaan memberangsangkan daripada kelab tempatan dari seluruh negeri, sekali gus mencerminkan perkembangan pesat sukan Muay Thai di Sarawak.

Antara kelab yang mengambil bahagian termasuk dari Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Samarahan dan beberapa daerah lain, selain penyertaan daripada kontinjen antarabangsa yang turut memeriahkan kejohanan tersebut.

Kelab Muay Thai Kenyalang muncul juara keseluruhan selepas mendominasi kejohanan dengan pungutan 22 pingat emas, tujuh perak dan 29 gangsa, kejayaan dua tahun berturut-turut selepas menjuarai edisi 2024.

PASUKAN Muay Thai dari Thailand, bergambar bersama trofi selepas Kejohanan Piala TYT Muay Thai Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, malam tadi. Foto UKAS

Tempat kedua menjadi milik Kelab Sting Muay Thai, diikuti Kelab PS Muaythai Bintulu di tempat ketiga dan Kelab Phoenix Meranek di tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu yang mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis, beliau menzahirkan sokongan padu kementeriannya terhadap penganjuran kejohanan seumpama ini yang bukan sahaja memberi peluang kepada atlet mempamerkan bakat, tetapi turut menjadi platform penting dalam memupuk dan membangunkan bakat sukan tempatan.

RAKAM KENANGAN… Pasukan Muay Thai yang berjaya merangkul trofi bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah sempena Kejohanan Piala TYT Muay Thai Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, malam tadi. Foto UKAS

“Muay Thai semakin berkembang di Sarawak seperti yang dapat dilihat daripada penyertaan yang meluas serta penglibatan pasukan dari pelbagai bahagian negeri,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick; Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman serta tetamu kehormat lain.
Oleh Amanda L.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kuching unggul hari pertama, raih 7 emas di Olimpik Khas Sarawak
Next: Maguire bakal beraksi di Bukit Jalil, 28 mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.