Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penyalahgunaan dadah, pengawal bersama seorang rakan pengganggur diberkas
  • JENAYAH

Penyalahgunaan dadah, pengawal bersama seorang rakan pengganggur diberkas

Utusan Sarawak 6 months ago
KEPINGAN GANJA… Hasil penahanan seorang pengawal keselamatan dan rakannya berjaya membawa kepada penemuan ganja untuk diedar sekitar Limbang dan Brunei. 
 

LIMBANG: Seorang pengawal keselamatan bersama rakannya seorang penganggur bukan warganegara diberkas polis bersama sejumlah ganja di kawasan bangunan kedai di Jalan Tedungan, Jumaat lepas.

Dalam kejadian 8.15 malam itu, kedua-dua suspek  berumur 24 dan 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Limbang ketika berada di bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden  Parum  Niot berkata hasil pemeriksaan mendapati satu bungkusan kotak yang dibawa oleh salah seorang suspek mengandungi lapan peket plastik lutsinar kedap udara.

“Dalam setiap peket terdapat ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja pelbagai bentuk dan berat beranggaran 887.00 gram.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut dibawa masuk secara pos ke Limbang dan dipasarkan untuk pengguna-pengguna disekitar Daerah Limbang dan negara Brunei.

“Keseluruhan rampasan dadah bernilai RM2,800 dan boleh digunakan seramai 1,774 orang pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut disita, ujarnya, sebuah kenderaan yang digunakan kedua-dua suspek bernilai RM15,000 yang dipercayai hasil penjualan dadah.

“Suspek merupakan seorang pengawal keselamatan bersama rakannya seorang penganggur dan semakan rekod jenayah mendapati masing-masing tidak mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah di negara ini.

“Kedua-dua suspek tersebut dipercayai terlibat secara langsung dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Limbang dan Negara Brunei manakala hasil ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka  didapati positif Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya.

Ujarnya  kedua-dua saspek direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh  hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tegas Parum  pihak polis tetap mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dengan sebarang kes jenayah terutama membabitkan dadah dan orang ramai perlu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Limbang di talian 085-211466 atau hotline Polis Sarawak di talian 08-2245 522 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Tiga wanita lesap RM25,400 terpedaya di media sosial
Next: Buli penuntut UPNM: 16 individu diambil keterangan setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.