Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penunjuk perasaan panjat Menara Elizabeth
  • GLOBAL

Penunjuk perasaan panjat Menara Elizabeth

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA perkhidmatan kecemasan cuba membawa turun penunjuk perasaan yang memanjat Menara Elizabeth di Istana Westminster, Dewan Parlimen di London, England hari ini. Foto AFP

LONDON: Polis United Kingdom (UK) menutup kawasan sekitar Big Ben di London selepas seorang lelaki memanjat menara terkenal itu.

Lelaki itu bertenggek di atas tebing bangunan bersejarah itu, yang dikenali secara rasmi sebagai Menara Elizabeth, menurut seorang wartawan di lokasi kejadian.

Semasa kejadian, orang ramai dilihat membanjiri lokasi kejadian di luar kawasan kepungan polis, dengan Jambatan Westminster ditutup manakala kenderaan kecemasan dikerahkan.  

PENUNJUK perasaan berkumpul sekitar Menara Elizabeth, yang juga dikenali dengan nama ‘Big Ben’, di Istana Westminster, Dewan Parlimen di London, England hari ini. Foto AFP

Menurut pihak polis, mereka mula-mula dimaklumkan berkaitan kejadian tersebut sejurus selepas 7.00 pagi waktu tempatan (3.00 petang waktu Malaysia).

Pada sekitar 10.00 pagi waktu tempatan, pasukan kecemasan menggunakan lif trak bomba dan megafon untuk cuba berinteraksi dengan lelaki itu.

Namun dia kekal di atas bangunan tersebut selama beberapa jam.

“Pegawai di tempat kejadian berusaha untuk menyelesaikan insiden itu dengan selamat,” kata pasukan Polis Metropolitan London.

“Mereka dibantu oleh Pasukan Bomba London dan Perkhidmatan Ambulans London.” – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat tersangkut di Lapangan Terbang Bali
Next: Angkasawan wanita China hantar ucapan Hari Wanita Antarabangsa dari angkasa lepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.