Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penting untuk generasi muda faham sejarah perjuangan parti – Martin Ben
  • SEMASA

Penting untuk generasi muda faham sejarah perjuangan parti – Martin Ben

Utusan Sarawak 4 months ago
MASA depan Sarawak di tangan belia – Martin Ben sedia memimpin.

PETRA JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu, Datuk Martin Ben menekankan kepentingan generasi muda memahami sejarah perjuangan parti bagi memastikan kesinambungan perjuangan politik Sarawak.

Menurutnya, golongan muda perlu mengetahui perjalanan PBB sejak penubuhannya, termasuk cabaran dan pencapaian yang telah dilalui agar mereka tidak mengambil mudah perjuangan yang telah dibina.

“Timbalan Presiden kita tadi telah menggariskan bagaimana perjalanan PBB bermula daripada gabungan parti Bumiputera dan Pesaka, sehingga menjadi seperti hari ini.

“Itu semua perlu dikongsikan kepada generasi muda kerana tiada apa yang boleh diambil mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama media selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-16 Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Martin turut menegaskan bahawa peranan Pemuda PBB akan diperluaskan melalui pembentukan sayap belia yang khusus untuk golongan berumur 18 hingga 28 tahun.

“Pada perhimpunan ini, kita membentangkan satu peraturan baharu untuk sayap belia. 

“Apabila ia diluluskan nanti, peranan Pemuda PBB akan menjadi lebih luas dan kita dapat mendekati lebih ramai golongan belia,” tambahnya.

Selain itu, beliau bertekad untuk meneruskan agenda utama PBB dengan menyesuaikan pelaksanaannya di peringkat akar umbi.

“Kita akan melaksanakan program yang telah dirancang di cawangan-cawangan Pemuda di seluruh Sarawak, di samping menambah baik serta merancang program baharu mengikut keperluan semasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perjalanan politiknya dalam Pemuda PBB sebelum dipilih sebagai ketua sayap tersebut.

“Saya sudah lama dalam Pemuda, berkhidmat di bawah beberapa ketua sebelum meninggalkan sayap ini.

“Pada penggal lalu, saya telah diminta untuk memimpin tetapi saya menolaknya kerana merasakan sudah cukup berkhidmat. Namun, kali ini saya menerima amanah ini kerana percaya masih ada peranan yang boleh saya mainkan,” jelasnya.

Martin berjanji akan melakukan yang terbaik dalam menerajui Pemuda PBB dan memastikan perjuangan parti terus diperkukuh dalam kalangan generasi muda.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelbagai acara sempena ulang tahun ke-75 Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu 2 Jun depan
Next: Wanita tunjang penting dalam arena politik – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.