Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penolong pengurus bank rugi lebih RM28,000
  • JENAYAH

Penolong pengurus bank rugi lebih RM28,000

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

JEMPOL: Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di Facebook pada 12 Februari.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 55 tahun itu telah berurusan dengan seorang ejen melalui WhatsApp untuk meminjam RM30,000 dan diminta membayar RM460 sebagai caj proses.

Kelulusan pinjaman dikatakan hanya mengambil masa tiga hari.

“Pada 26 Februari, pengadu membuat bayaran secara dalam talian ke akaun bank diberikan suspek sebelum diminta membuat beberapa lagi pembayaran sehingga berjumlah RM28,112.

“Suspek meminta bayaran tambahan RM6,000 menyebabkan pengadu merasa curiga dan membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Hoo berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar
Next: Ismail Sabri suspek kes rasuah, pengubahan wang haram – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.