ADUM LIU
BEKENU: Penjual ikan segar di pasar basah di RTC Bekenu kini boleh tarik nafas kelegaan terhadap sambutan pembeli yang mempunyai pelbagai jenis ikan laut pilihan masing-masing.
Penjual ikan, Usop Bujang, 50an ketika ditemui semalam berkata, Penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dipatuhi dan nelayan pula turun ke laut mencari rezeki untuk menampong kos sara hidup.
Katanya, hasil jualan ikan kini ada peningkatan bahawa masyarakat di sini sudah mempunyai banyak pilihan terhadap ikan kegemaran mereka.
“Ketika PKP fasa pertama dan kedua lepas, ramai perniagaan ikan mengalami kemerosotan jualan yang sangat susah kerana kekurangan ikan segar.
“Beberapa hari yang lepas, ikan-ikan segar banyak dijual dengan harga yang berpatutan dan memuaskan hati pelanggan,” jelasnya.
Tambahnya, ketika kita mengalami PKP ini bukan bermakna tidak dapat beroperasi jualan, kita kena patuhi PKP dan arahan daripada pihak kerajaan tempatan demi keselamatan semua pihak.
Sementara itu, Ah Wee, 50an (nelayan dan penjual) berkata, jualan ikan segar semakin pulih dan ada peningkatan.
“Kebanyakannya pembeli di sini mahukan ikan yang segar, yang baharu sampai dari laut kerana isinya lebih enak daripada telah dibekukan beberapa hari.
“Penjualan kita di sini juga dihadkan waktu beroperasi beberapa sahaja oleh pihak penguasa tempatan yang patuhi PKP,” jelasnya.
Tinjauan Utusan Sarawak semalam mendapati keadaan di pasar basah banyak ikan segar dijual dengan harga berpatutan.
Ikan yang jual di sini adalah hasil tangkapan nelayan tempatan dari Kampung Kuala Sibuti, Bungai dan Peliau.