Penjana kuasa elektrik rumah panjang musnah terbakar di Nanga Ajau

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN… Penjana kuasa elektrik musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Rumah Nanga Ajau, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Penjana kuasa elektrik musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Rumah Nanga Ajau, di sini, tengah hari tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 1.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi.

PGO berkata, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK Nickson Asean Akui, tiba di lokasi kejadian pada 1.44 petang selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan penjana kuasa elektrik yang telah terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu hari ini.

KEBAKARAN… Penjana kuasa elektrik musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Rumah Nanga Ajau, tengah hari tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki pam jentera bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 1.50 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya tujuh minit kemudian iaitu pada 1.57 petang selepas pasukan bomba memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

Seramai tujuh anggota bersama jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) terlibat dalam operasi berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis