Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penguang bantu baiki rumah penduduk
  • TEMPATAN

Penguang bantu baiki rumah penduduk

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

PRIHATIN… Datu Penguang Manggil melakukan lawatan ke sebuah rumah yang terjejas teruk akibat dipukul angin kencang baru-baru ini.

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang anak Manggil mengadakan lawatan ke sebuah rumah di Kampung Pemindahan yang terjejas teruk akibat dipukul angin kencang baru-baru ini.

Keadaan rumah tersebut cukup teruk yang masih memerlukan bantuan dari segi keperluan asas seperti atap zink dan kayu yang masih tidak mencukupi.

Sebelum ini Dr Penguang telah menghulurkan bantuan atap zink dan kayu untuk meringankan beban pemilik rumah tersebut, Awang Sujai Bin Awang Raman di mana atap rumahnya musnah dan diterbangkan dalam kejadian angin kencang.

Memandang keadaan rumah tersebut Dr Penguang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.76 Marudi bersetuju untuk menambahkan lagi dana untuk membeli keperluan asas untuk membaikpulih rumah berkenan.

Katanya, beliau akan menambahkan lagi peruntukan yang keseluruhannya menelan kos membaikpulih RM3,000 iaitu untuk membeli atap zink dan keperluan asas yang lain.

Dalam pada itu Dr Penguang ketika melakukan lawatan untuk melihat keadaan rumah yang didiami tiga keluarga itu menegaskan, beliau tetap membantu mereka yang memerlukan bantuan segera tidak kira latar belakang seseorang itu dan fahaman politik mereka.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tanggung sepenuhnya
Next: Pemuda DAP perlu diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.