Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni Koreksional Bintulu terima sumbangan limau mandarin
  • Utara
  • WILAYAH

Penghuni Koreksional Bintulu terima sumbangan limau mandarin

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Prison Fellowship Malaysia (PFM) Cawangan Bintulu menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada penghuni Pusat Koreksional Bintulu sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini, semalam.

Menurut PFM menerusi satu kenyataan, limau mandarin ini disumbangkan oleh Gereja Methodist Bintulu dan disampaikan oleh Pastor Yong Leong Chai. 

Sumbangan diterima oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Hasbullah Berahim, sebagai simbol harapan, kemakmuran, dan keberuntungan untuk penghuni pusat tersebut.

Dalam usaha memperkasa literasi, Pasar Raya Farley turut menyumbangkan bahan bacaan untuk pusat sumber, bertujuan memberi peluang pendidikan kepada penghuni.

Pengerusi PFM Bintulu, Martin Sia Kie Kong berkata, inisiatif itu adalah tanda bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan penghuni dan mahu mereka terus bersemangat.

“Ini (pemberian limau mandarin) adalah cara kami menunjukkan bahawa penghuni tidak dilupakan, dan komuniti prihatin serta menyokong mereka,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong program ini, termasuk gereja-gereja dan sukarelawan yang telah menyumbang dalam bentuk kewangan, masa, dan tenaga.

Program seumpama itu, ujarnya, diharap dapat menyemarakkan semangat perayaan serta membawa kegembiraan kepada para penghuni, di samping memperkukuh nilai kemasyarakatan dalam komuniti.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Permainan futsal terganggu dengan kehadiran ‘penonton’ tak diundang
Next: Banjir: Penduduk tiga rumah panjang terkandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.