Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni cemas ular tumpang ruang tamu
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni cemas ular tumpang ruang tamu

Utusan Sarawak 2 months ago
BERJAYA DITANGKAP… Ular di ruang tamu berjaya ditangkap oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seekor ular yang “menumpang” di ruang tamu sebuah rumah di Paris Height 2, mencetuskan detik cemas kepada penghuni rumah, baru-baru ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang sebelum tiga anggota bomba bergegas ke lokasi sejauh dua kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seekor ular berada di ruang tamu rumah tersebut. 

“Komander operasi, Bakar Ujang kemudiannya mengarahkan anggota bomba bertindak pantas menggunakan penjerut ular bagi menangkap reptilia tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Operasi yang bermula pada 4.29 petang ditamatkan dengan selamat dalam tempoh kurang 30 minit.

“Ular berjaya ditangkap menggunakan penjerut ular tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya. 

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan sebarang risiko kepada penghuni rumah.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ubah ekonomi, hidup penduduk Kampung Rambai
Next: Hujan lebat tidak halang agihan bubur lambuk, kurma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.