Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
  • GLOBAL

Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza

Utusan Sarawak 1 year ago
SEORANG wanita Palestin duduk di atas kereta di sebelah kotak catuan makanan yang disediakan oleh badan amal AS, World Central Kitchen di pasar jalanan sementara di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. FotoAFP

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.

“Awal hari ini, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan tiba di pantai Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional hasil usaha gigih CENTCOM (Komando Pusat AS) dan pasukan kami di USAID (Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Jabatan Negara,” tulis Biden di X, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata bantuan yang disediakan oleh USAID termasuk 170 metrik tan bar makanan kaya nutrien yang disesuaikan untuk membantu 11,000 kanak-kanak dan dewasa.

Penghantaran termasuk “makanan terapeutik sedia untuk digunakan dan bekalan penting“ yang bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal, air bersih dan sokongan kebersihan kepada lebih 33,000 individu di Gaza.

“Lebih banyak bantuan dari AS dan negara lain terus tiba di Cyprus sebelum ia dimuatkan ke kapal untuk penghantaran melalui dermaga,” kata Biden.

Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menangani situasi teruk yang dihadapi oleh penduduk Palestin, menekankan keperluan kritikal untuk mempercepat penyampaian bantuan kepada mereka yang paling memerlukan.

Beliau mengulangi kerjasama dengan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza melalui laluan darat, sambil menekankan komitmen untuk meningkatkan usaha kemanusiaan di rantau itu. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus
Next: Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.