TOKYO: Pengeluar kenderaan elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla Inc. pada Jumaat memperkenalkan Cybercab, roboteksi autonomi yang direka khusus, di daerah Aoyama, Tokyo, menandakan kali pertama kenderaan itu dipamerkan kepada umum di Jepun, lapor Kyodo News.
Kenderaan dua tempat duduk itu tidak mempunyai stereng, pedal pemecut atau pedal brek, membolehkannya beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu. Ia dilengkapi pintu jenis rama-rama yang terbuka ke atas serta skrin sentuh bersaiz besar.

Tesla telah memulakan pengeluaran besar-besaran Cybercab dan memperkenalkan perkhidmatan e-panggilan di beberapa kawasan di Amerika Syarikat.
Kenderaan itu akan dipamerkan di Osaka mulai Khamis depan dan di Nagoya, tengah Jepun, mulai 22 September. – Bernama-Kyodo




