Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penggulungan, pengundian pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • SEMASA

Penggulungan, pengundian pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 7 months ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan ketika waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi penggulungan perbahasan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Rang undang-undang itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Seramai 59 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu, semalam.

Sementara itu, situasi keselamatan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan serangan tentera Israel turut dibincangkan di Dewan Rakyat.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dikemukakan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) kepada Menteri Pertahanan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Dalam Negeri berhubung usaha yang dilaksanakan bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan merekodkan hingga dua kes sehari.

Turut menarik perhatian,  soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan berhubung aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit dan kebanjiran penjaja warga asing di ibu negara yang masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar – Abang Johari
Next: Tiada istilah layan rakyat berdasarkan perbezaan politik – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.