Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penganggur miliki dadah diberkas
  • TEMPATAN

Penganggur miliki dadah diberkas

Utusan Sarawak 5 years ago
BARANG KES… Dadah jenis Methampethamine dengan berat kasar 116 gram dirampas.

SIBU: Seorang penganggur dicekup kerana disyaki memiliki dadah jenis Methampethamine dengan berat kasar 116 gram di kawasan letak kereta di Lorong Upper Lanang 12C, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, supek yang berumur 50 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sibu sekitar 6.15 petang selepas berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu plastik berwarna hitam yang mana di dalamnya terdapat satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine yang dibalut dengan keratan surat khabar di bahagian tempat letak minuman dalam kereta tersebut.

“Turut dijumpai satu plastik berwarna merah jambu yang di dalamnya mengandungi empat plastik lutsinar masing-masing berisi paket-paket plastik lutsinar kosong dan satu alat penimbang digital di atas tempat duduk penumpang bahagian belakang.

“Kesemua barang tersebut termasuk wang tunai berjumlah RM57,427 serta sebuah kereta berwarna putih telah dirampas untuk dijadikan bahan kes dengan niai keseluruhan rampasan RM107,427,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Kata Stanley, semakkan yang dilakukan terhadap suspek turut mendapati dia (suspek) mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan Dadah.

“Suspek kini ditahan di Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan selanjutnya dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sibu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegasnya.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: SIDS terima kunjungan hormat DBNA
Next: Rakyat Malaysia tidak perlu dikuarantin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.