Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penganggur ditahan miliki dadah
  • TEMPATAN

Penganggur ditahan miliki dadah

Utusan Sarawak 5 years ago
DITANGKAP… Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis dari IPD Meradong pada 14 Jun lalu.

BINTANGOR: Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong berjaya merampas sejumlah dadah disyaki methamphetamin (syabu) dengan berat kasar 30.77 gram dan 19 biji pil disyaki Nimetazepam (Erimin 5) dengan nilai anggaran kasar RM4,000.

Ketua Polis Daerah (KPD) Bintangor, DSP Sekam Anoi berkata, pihak polis turut menangkap seorang suspek lelaki yang berusia 47 tahun.

“Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM3,969 daripada suspek.

“Serbuan dijalankan pihak polis di salah sebuah rumah di Jalan Sekolah sekitar 1.50 petang, 14 Jun,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media, pagi semalam.

Katanya, dadah disyaki methamphetamin dan pil disyaki Nimetazepam tersebut ditemui dalam sebuah beg.

“Suspek yang ditangkap merupakan seorang penganggur dan mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah.

“Ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah methamphetamin.

“Suspek disiasat di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali,” ujarnya.

Tambahnya, suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: RM20,000 baik pulih pondok salai ikan tahai
Next: Empat lelaki tempatan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.