Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penemuan mayat di Jalan Lapangan Terbang Miri, empat ditahan bantu siasatan
  • JENAYAH

Penemuan mayat di Jalan Lapangan Terbang Miri, empat ditahan bantu siasatan

Utusan Sarawak 2 years ago

Sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan di lokasi menemukan seorang lelaki terbaring di atas tanah dengan kesan tusukan di badan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MIRI: Polis menahan seorang wanita dan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga asing di Jalan Lapangan Terbang Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 40 hingga 48 tahun ditahan kira-kira 10.00 malam tadi di Senadin.

Katanya, kesemua suspek ditahan susulan laporan diterima pada 7.25 malam, memaklumkan pergaduhan yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan di lokasi menemukan seorang lelaki terbaring di atas tanah dengan kesan tusukan di badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes yang boleh mengganggu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Joyce Sagai di talian 085-433730.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki dijatuhi hukuman akibat salah guna dadah
Next: Ditetak tangan gara-gara gagal bayar hutang RM500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.