Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk risau sistem pembentungan rosak
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk risau sistem pembentungan rosak

Utusan Sarawak 7 months ago

TINJAUAN....Gung Chiu Kion selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menjalankan tinjauan ke beberapa kawasan yang mengalami kerosakan sistem pembetungan dan perparitan. 

BINTANGOR: Penduduk setempat di beberapa kawasan di sini bimbang dengan kerosakan sistem pembetungan dan perparitan di kawasan mereka. 

Berikutan itu, mereka telah membuat aduan kerosakan tersebut kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. 

Tiong Sii berkata, setelah menerima aduan daripada penduduk setempat, beliau menghubungi pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) untuk tindakan lanjut, baru-baru ini. 

“Tinjauan segera telah dilakukan oleh pihak MDMJ yang diwakili oleh Penolong Jurutera MDMJ, Hussin Onn Jateng. 

“Tinjauan ini turut disertai oleh Gung Chiu Kion selaku wakil saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau berkata antara tapak yang telah ditinjau adalah Jalan Foh Phin, Jalan Ho Ping di Sungai Padi, Jalan Sing Hua di Sungai Bakong, Jalan Kai Yean off Jalan KJD, Jalan Sungai Sekijang dan Jalan Tong Ah di Sungai Tulai.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 peserta sertai larian zombi
Next: Tanah susur berlaku di Lemanak berikutan hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.