Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk mohon kawasan poliklinik ditinggikan
  • TEMPATAN

Penduduk mohon kawasan poliklinik ditinggikan

Utusan Sarawak 5 years ago
RICKY meredah air bah sambil memangku anak kecilnya di kawasan Poliklinik Lanang, Sibu, semalam.

SIBU : Penduduk tempatan yang pergi ke Poliklinik Lanang sama ada untuk mendapatkan ubat atau menghadiri temu janji dengan doktor menyeru pihak berkenaan supaya segera meninggikan paras atau laluan ke poliklinik terbabit untuk memudahkan pergerakan terutama sewaktu banjir.

Menurut seorang ayah, Ricky Wong dari Pasai Batu 20, Jalan Oya Lama, untuk berjalan dalam air banjir sambil membawa anak kecil amatlah berisiko.

“Andai kata sebelah kaki saya terperusuk ke dalam lubang ketika berjalan dalam air keruh sambil memangku anak kecil, sudah pasti saya bersama-sama anak akan jatuh tersungkur ke dalam air bah.

Ricky, 25 tahun menegaskan, sebelum sebarang perkara yang tidak diingini terjadi, adalah lebih elok untuk pihak yang berkenaan bertindak segera menaik tinggi taraf kawasan sekitar poliklinik itu demi keselamatan orang ramai.

Sementara itu, seorang ibu yang mengandung dan hanya mahu dikenali sebagai Rose berkata, air bah yang membanjiri kawasan Poliklinik Lanang menyukarkan pergerakan beliau.

“Ibu yang mengandung terpaksa meredah air banjir yang melepasi paras lutut untuk sampai ke poliklinik dari pintu pagar utama masuk.

Rose, 21 tahun dari Kampung Sentosa, Salim berkata, tindakan segera oleh pihak berkenaan dalam menaik tinggi taraf kawasan sekitar poliklinik tersebut pasti dapat mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

“Ibu yang mengandung yang tiada pilihan lain melainkan terpaksa meredah air banjir,” katanya.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Ali Yunus berharap supaya pihak berkenaan menyegerakan usaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang datang ke poliklinik itu dengan meninggikan lagi paras kawasan di sekitar Poliklinik Lanang.

“Adalah amat tidak elok jika dibiarkan begitu sahaja sedangkan kami rakyat amat mengharap serta memerlukan agar paras kawasan poliklinik segera ditinggikan demi keselamatan orang ramai,” ujar Ali.

Oleh Othman Ishak

Continue Reading

Previous: Jalan runtuh sedang dibaiki
Next: Singkap sejarah Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.