Penduduk kecewa capaian internet di Lawas

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAGAL BERFUNGSI…Pencawang telekomunikasi di kawasan Banting yang kosong tanpa mampu memberi liputan internet untuk rakyat.

LAWAS: Pengumuman kerajaan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari sehingga 31 amat mengembirakan ramai masyarakat di Daerah Lawas.

Namun, melalui tinjauan terhadap lebih 30 orang respondan mendapati mereka sedikit kecewa dengan capaian internet di Lawas.

Oleh itu, pengumuman baik Perdana Menteri itu dilihat sekadar untuk masyarakat yang tinggal di kawasan bandar utama sahaja yang mampu menikmati capaian internet pada tahap kelajuan 5G.

Manakala, di Daerah Lawas ini sendiri capaian adalah tidak konsisten dan penduduk yang tinggal dalam radius 1KM daripada pusat bandar seperti kawasan Banting Lawas hanya mampu menunggu putaran pada skrin telefon untuk memuat turun sesuatu maklumat.

Malah, ada yang terpaksa memandu ke bandar Lawas untuk memuat turun borang atau permohonan rentas daerah khususnya melalui negara Brunei.

Justeru, pihak bertanggungjawab wajar turun padang bagi memastikan segala usaha baik pemimpin negara mahupun Sarawak tidak sekadar pengumuman yang menyakitkan hati mereka.

Oleh Adeng Edrus

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare