Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihat peka
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihat peka

Utusan Sarawak 5 months ago
BOMBA KOMUNITI… Henry Sum bersama kanak-kanak sekolah yang turut terlibat dalam pertandingan mewarna anjuran Bomba Komuniti Ulu Trusan.
 

LAWAS: Penduduk di kawasan berisiko banjir termasuk di Lawas dinasihat agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan masing-masing dan bersedia berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, aspek keselamatan diri perlu menjadi keutamaan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu dan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang mula melanda beberapa negeri.

“Banjir biasa berlaku apabila ada hujan seperti sekarang, saya menyeru penduduk supaya kita bersiap sedia, kalau banjir berlaku jangan saja kita mengharap orang lain, sebaliknya  kita sendiri seharusnya pertama kali berusaha termasuk perpindahan ke tempat tinggi.., ” katanya ketika ditemui pada  Majlis Perasmian Program Bomba Komuniti Kampung Long Tengoa, Trusan, Lawas 2024, petang kelmarin.

Jelasnya lagi, penduduk terjejas juga perlu melaporkan segera kejadian banjir di kawasan mereka kepada pihak berwajib untuk tindakan pemindahan dan operasi penyelamatan.

Kerajaan juga sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi sebarang musibah banjir termasuk di Lawas melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi keselamatan lain dengan mengerakkan aset dan kelengkapan bagi menjalankan operasi penyelamatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ratu Kebaya Kreatif Pesta Meradong milik Ivy Olivia Roy
Next: Regata Subis 2024: Puteri Bunian dari Mukah raih gelaran Raja Sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.