Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendidikan ubah masa depan generasi muda
  • WILAYAH

Pendidikan ubah masa depan generasi muda

Utusan Sarawak 11 months ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu 2024 di salah sebuah hotel, semalam.

BINTULU: Masyarakat luar bandar diseru agar menitikberatkan pendidikan anak-anak demi mengubah nasib hidup pada masa hadapan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib atau taraf kehidupan seseorang khususnya bagi individu yang berasal dari luar bandar.

“Apa yang paling penting adalah pendidikan kerana tidak ada cara lain yang dapat mengubah nasib kita. Laga datang dari Ulu Roban dan saya juga datang dari rumah panjang.

“Rakan-rakan (wakil rakyat) lain pun datang daripada latar belakang yang lebih kurang sama.

“Perbezaannya adalah peluang yang diberikan kepada kita dari segi pendidikan yang mana kita gunakan untuk bersaing dengan orang-orang yang telah lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu 2024 di Dinner World Bintulu di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi), Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dan ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: 233 pelajar cemerlang SPM 2023 DUN Bukit Assek terima hadiah insentif
Next: Usaha semua pihak sumbang pertambahan murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.