Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendidikan fokus utama Huang
  • TEMPATAN

Pendidikan fokus utama Huang

Utusan Sarawak 5 years ago
TAHNIAH… Dato’ Sri Huang Tiong Sii (kiri) menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang di salah sebuah restoran, kelmarin.

SARIKEI: Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dan menjadi salah satu fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii sejak menjadi wakil rakyat di kawasan Repok.

Oleh itu, beliau sentiasa membantu dalam menyalurkan peruntukan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada sekolah dikawasan Repok untuk mempastikan pembangunan setiap sekolah sentiasa diutamakan.

Huang juga turut menyalurkan bantuan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dengan sumbangan seperti beg, pakaian dan kasut sekolah setiap tahun.

Kelmarin, Huang menghadiri Majlis Sumbangan Pendidikan kepada pelajar cemerlang anjuran Persatuan Foochow Sarikei di salah sebuah restoran.

Semasa berucap di majlis tersebut, beliau berkata, keselesaan pembelajaran untuk pelajar dan guru disekolah harus diutamakan.

“Oleh itu, saya amat mementingkan pembangunan setiap sekolah di kawasan Repok.

“Saya dulu datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh itu saya amat memahami keperluan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Mereka memerlukan beg, pakaian dan kasut sekolah yang selesa untuk bersekolah. Oleh itu, saya turut menyumbangkan keperluan asas persekolahan ini kepada setiap sekolah di kawasan Repok yang mempunyai pelajar kurang berkemampuan,” katanya.

Huang turut mengulangi penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang banyak melaksanakan program pembangunan untuk rakyat Sarikei.

Katanya, pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi, seperti Jambatan Sungai Pasi dan laluan baharu ke Tanjung Manis membawa faedah besar kepada rakyat.

Continue Reading

Previous: 19,167 penduduk PKPD Kota Setar disaring
Next: Mahu pimpinan muda bersiap siaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.