Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendakwa raya Korea Selatan geladah kediaman bekas Presiden Yoon
  • GLOBAL

Pendakwa raya Korea Selatan geladah kediaman bekas Presiden Yoon

Utusan Sarawak 3 weeks ago
POLIS berkawal ketika penyokong pro-Yoon memegang sepanduk semasa ketibaan kereta bekas presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol di luar Mahkamah Daerah Pusat di Seoul pada 21 April 2025. Foto AFP

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan hari ini bertindak menggeledah kediaman bekas Presiden Yoon Suk Yeol sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan antara keluarganya dengan seorang bomoh kontroversi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul mengerahkan pasukan pendakwa dan penyiasat ke kediaman Yoon di Seocho-dong, selatan Seoul bagi mendapatkan bukti berkaitan dakwaan melibatkan bomoh Jeon Seong-bae, yang turut dikenali sebagai Geon Jin.

Difahamkan, pihak pendakwa sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Gereja Unification menyerahkan rantai leher berlian dan beg tangan mewah kepada Jeon tidak lama selepas Yoon memenangi pilihan raya presiden pada 2022, sebagai hadiah kepada bekas Wanita Pertama, Kim Keon Hee.

Mereka juga sedang berusaha mengesahkan kesahihan penyerahan hadiah itu kepada Jeon dan sama ada mana-mana hadiah telah diserahkan kepada Kim.– Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Trump rancang pengecualian cukai alat ganti kereta
Next: Keselamatan Mekkah tahan empat warga asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.