Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pencarian bakat baharu Para SUKMA
  • TEMPATAN

Pencarian bakat baharu Para SUKMA

Utusan Sarawak 5 months ago
JELASKAN… Datuk Razi Sitam berucap pada Majlis Apresiasi Kontinjen Para SUKMA XXI Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Sarawak akan memulakan pencarian bakat baharu bagi memastikan kesinambungan kejayaan kontinjen negeri ini di Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Razi Sitam berkata, usaha ini dijangka bermula seawal Februari tahun depan dengan tumpuan kepada membentuk pelapis yang mampu mengekalkan kejuaraan Sarawak untuk kali ke-15.

Katanya, persediaan awal dan latihan intensif adalah kunci utama untuk mencapai misi itu.

“Kita akan mempersiapkan atlet dengan memberi pendedahan dan latihan yang bersesuaian. Pencarian bakat baharu ini amat penting bagi memastikan kita terus kompetitif dan berdaya saing pada temasya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Apresiasi Kontinjen Para SUKMA XXI Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, malam tadi.

Dalam temasya yang berlangsung September lalu, kontinjen Sarawak berjaya meraih 82 pingat emas, 53 pingat perak, dan 74 pingat gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 209 pingat serta mengekalkan kejuaraan buat kali ke-14.

Beliau yang juga Chef De Mission Kontinjen ParaSukma Sarawak berkata, temasya kali ini juga menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran sukan para di Malaysia.

Beliau memuji perancangan rapi kerajaan Sarawak yang menjadikan temasya ini sebagai yang terbaik dalam sejarahnya.

“Selain pencapaian atlet, kejayaan ini juga disokong oleh kerjasama dan dedikasi semua pihak, termasuk jurulatih, pegawai, serta agensi-agensi yang terlibat. Semangat inilah yang akan kita bawa ke Selangor 2026,” tambahnya.

Dalam majlis sama, penghargaan turut diberikan kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan bersara atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat.

Sarawak kini bersiap sedia untuk meneruskan legasi kecemerlangan sukan para negara, dengan harapan bakat baharu yang bakal ditemukan mampu membawa cabaran negeri ini ke tahap lebih tinggi.
Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang
Next: JPJ tugaskan perisik pastikan pemandu patuh peraturan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.