Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penampilan terkini patung kucing ikonik
  • TEMPATAN

Penampilan terkini patung kucing ikonik

Utusan Sarawak 4 months ago
PENAMPILAN LEBIH MEYAKINKAN… Mata patung kucing putih ikonik di bulatan Padungan telah berubah menjadi lebih cantik dari yang sebelumnya.

KUCHING: Patung kucing ikonik di bulatan Padungan, di sini terus menjadi tarikan utama bagi pelancong dan penduduk tempatan.

Kucing ikonik itu akan digayakan dengan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema perayaan setiap kali menjelang perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan Krismas.

Pakaian tradisional yang berbeza ini memberi kucing itu identiti yang unik dan menambah suasana meriah kepada perayaan tersebut.

Baru-baru ini pada 25 Disember, tular di media sosial mengenai warna mata dan wajah kucing itu ketika memakai pakaian bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina.

GERALD Goh sedang mengecat mata patung kucing putih ikonik di bulatan Padungan.

Orang ramai mengecam penampilan kucing tersebut kelihatan seperti dirasuk dan menakutkan kerana matanya hitam dan kelopak mata berwarna merah.

Pada Rabu lepas, pelukis terkenal kelahiran Sarawak, Gerald Goh telah dipanggil untuk mengubahkan penampilan kucing tersebut.

Goh ketika ditemu bual Utusan Sarawak berkata beliau menukarkan mata biru kucing tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai ikon kucing mempunyai visi yang jelas tentang hak dan hala tuju Sarawak. Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jodoh di Rumah Seri Kenangan
Next: Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.