PULAU BRUIT: Samirul muncul juara kategori lelaki Pertandingan Karaoke Tertutup Pulau Bruit sempena sambutan Hari Malaysia 2026 di Pentas Kampung Penuai, di sini, hari ini.
Kemenangan itu melayakkan Samirul membawa pulang wang tunai RM1,500, manakala Haizat muncul naib juara dengan hadiah RM1,200 dan Saufi Ahmad di tempat ketiga menerima RM900.
Bagi kategori wanita, Rohani dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500.
Tempat kedua dimenangi Noradill Sabani dengan hadiah RM1,200, manakala Bella menduduki tempat ketiga dan menerima RM900.

Pertandingan yang berlangsung sejak pagi itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 68 peserta.
Seramai tujuh peserta lelaki dan tujuh peserta wanita dipilih untuk mara ke pertandingan akhir yang berlangsung petang ini.
Program berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, termasuk Idayu AF Mega Star, Nadia AF dan Alif Kadim.
Selain pertandingan karaoke dan persembahan artis, cabutan nama bertuah turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2026 di Pulau Bruit.
Oleh Tarani Lanting dan Akun Giman




