Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 September ini
  • SEMASA

Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 September ini

Utusan Sarawak 2 months ago
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan proses permit masuk bagi pasangan warganegara akan dilaksanakan mulai 1 September depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata penambahbaikan itu akan dilaksanakan melibatkan permohonan yang telah diterima sejak 2024 dan seterusnya.

“Kalau ikut rekod, tunggakan permohonan yang dilaporkan dari 2014 hingga 2023 adalah sebanyak 17,411. Baki tunggakan akhir pada 2024 ialah 14,472, baki tunggakan tahun semasa sebelum Februari tahun ini pula sebanyak 11,723 permohonan.

“Penambahbaikan yang telah dilaksanakan tidak akan memberi apa-apa implikasi kepada permohonan sedia ada memandangkan bagi permohonan diterima (sebelum 2024) dan masih belum menerima keputusan akan diselesaikan sebelum Jun 2025,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai sejauh mana kerajaan melihat implikasi penambahbaikan itu terhadap lambakan permohonan permit masuk bagi pasangan warganegara sedia ada dan adakah penambahbaikan itu terpakai kepada permohonan baharu sahaja.

Menjawab soalan asal Koh, Shamsul Anuar berkata antara penambahbaikan yang telah dipersetujui ialah penetapan tempoh tiga tahun perkahwinan dengan menggunakan pas lawatan sosial selama satu tahun sebelum layak mengemukakan permohonan permit masuk dengan pertimbangan khas akan dilaksanakan bagi permohonan kategori isteri kepada warganegara.

Bagi permohonan kategori suami kepada warganegara, beliau berkata penetapan tempoh lima tahun perkahwinan sebelum layak kemukakan permohonan permit masuk dan permohonan akan dinilai menggunakan sistem mata.

“Tempoh permohonan juga dipercepatkan kepada enam bulan berbanding tempoh sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga akan melaksanakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pelaksanaan penambahbaikan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banci Pertanian 2024 bantu rangka program tingkat keterjaminan makanan
Next: Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri – Lukanisman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.