Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan 10 negeri termasuk Sarawak sehingga 7.00 malam ini

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan serta 10 negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kuala Muda, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Bagan Datuk) dan Kelantan (Kuala Krai dan Jeli).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu (Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu), Pahang (Rompin, Maran, Temerloh dan Bera) dan Selangor (Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Sepang dan Kuala Langat).

Di Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan Seremban dan Port Dickson, manakala di Johor melibatkan Segamat, Tangkak, Muar, Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Sementara itu di Sarawak ia melibakan Mukah (Matu, Dalat, Mukah dan Daro), Sibu (Selangau dan Sibu), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Song), Bintulu, Miri (Subis), Limbang, Sri Aman (Sri Aman, Pantu dan Lingga), Samarahan, Betong, Serian, Kuching (Kuching).

Bagi Sabah pula, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu), Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Belud).  – Bernama