Tujuh kawasan catat IPU baik, selebihnya sederhana

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU di Sarawak kekal pada tahap baik dan sederhana setakat 4.00 petang hari ini.

KUCHING: Kualiti udara di seluruh Sarawak kekal terkawal apabila tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, manakala selebihnya berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang hari ini.

Berdasarkan data pemantauan, tujuh kawasan yang merekodkan tahap baik ialah Sarikei dengan bacaan 49, Sibu (46), Mukah (49), Miri (48), ILP Miri (47), Limbang (37) dan Lawas (45).

Sementara itu, Kuching mencatatkan bacaan IPU 52, Samarahan (62), Serian (64) dan Sri Aman (63), kesemuanya berada pada tahap sederhana.

Di kawasan lain, Kapit dan Samalaju masing-masing merekodkan bacaan 57, Bintulu (55), Lundu (52), Tebedu (55), Lubok Antu (69), Kanowit (60), Belaga (61), Bario (53) serta Betong (62).

Secara keseluruhan, tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 4.00 petang.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana dan 101 hingga 200 pula dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.