Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pena sumbang 49,200 buku pelbagai genre kepada KPM
  • PENDIDIKAN

Pena sumbang 49,200 buku pelbagai genre kepada KPM

Utusan Sarawak 2 weeks ago
PRESIDEN PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad (kiri), menyerahkan mock 125 buku PENA-MALAYSIA MADANI kepada Fadhlina sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Aminuddin Hashim. FOTO ihsan PENA

PUTRAJAYA: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) hari ini menyerahkan 49,200 naskhah buku bernilai RM1.43 juta meliputi 123 judul pelbagai genre kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Sumbangan itu menerusi Projek Penerbitan Buku PENA-Malaysia MADANI yang bermula sejak 1 Ogos 2024 dan berjaya mengumpulkan 439 manuskrip daripada penulis Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar usia.

Pengarah projek berkenaan Mohd Khair Ngadiron berkata daripada jumlah itu, 125 judul buku telah diterbitkan meliputi pelbagai genre dan bidang termasuk novel dewasa, remaja dan kanak-kanak, kumpulan cerpen dan puisi, buku umum, buku bergambar kanak-kanak dan drama pentas.

“Projek ini bukan sahaja berjaya menghasilkan naskhah yang bermutu tinggi malah memberikan peluang dan ruang kepada penulis tempatan untuk berkarya secara profesional.

“Ia menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri buku negara serta mengangkat tinggi martabat bahasa Melayu dalam dunia penerbitan arus perdana,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejayaan pelaksanaan projek itu dijangka memberikan impak signifikan terhadap peningkatan indeks pembacaan kebangsaan, memperkukuhkan industri penerbitan tanah air dan menyediakan bahan bacaan kreatif yang berdaya saing serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Secara keseluruhan, nilai sumbangan buku kepada institusi pendidikan dan perpustakaan awam menerusi projek berkenaan adalah RM2,509,500 dengan jumlah keseluruhan buku 86,100 naskhah.

Ia juga melibatkan sumbangan 36,900 naskhah buku meliputi 123 judul bernilai RM1.07 juta kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang akan diedarkan kepada perpustakaan awam seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada komitmen dan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan khas RM2.5 juta bagi pelaksanaan Projek Penerbitan Bahan Bacaan Karya Asli Bertemakan Karya Kreatif dalam Bahasa Melayu di bawah Belanjawan 2024 melalui Kementerian Kewangan.

“PENA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan atas peranan strategik beliau dalam merealisasikan kelangsungan dan kejayaan projek ini,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pendidikan asas pemacu pembangunan berterusan di Lawas
Next: Peningkatan membanggakan, SMK Saribas catat GPS lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.