Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemuda kena jel 3 bulan gara-gara pecah rumah, curi seluar dalam bekas isteri
  • MAHKAMAH

Pemuda kena jel 3 bulan gara-gara pecah rumah, curi seluar dalam bekas isteri

Utusan Sarawak 6 months ago

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, gara-gara melakukan pecah rumah dan mencuri seluar dalam milik bekas isterinya.

Majistret Romario Jonoi yang menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Kennedy Jegong, 24, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini.

Terdahulu, Kennedy didakwa melakukan pecah rumah serta mencuri sepasang seluar dalam dan sehelai kemeja T berwarna hitam milik bekas isterinya di sebuah bilik sewa Jalan Mission pada 5 November 2024, jam antara 9.10 pagi hingga 6.30 petang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun.

Mengikut fakta kes, pada 5 November 2024, jam lebih kurang 6.30 petang, pengadu seorang wanita berusia 21 tahun menerima panggilan daripada rakan serumah memberitahu pakaiannya dalam keadaan berselerak di dalam bilik sewanya.

Pada hari sama kira-kira jam 3.39 petang, pengadu ada menerima mesej melalui What’sApp dari bekas suaminya iaitu tertuduh, yang mengaku telah memecah masuk bilik sewa serta mencuri beberapa helai pakaian pengadu untuk dijampi.

Pada 6 November 2024, jam lebih kurang 12.10 tengah hari, pihak polis telah menahan tertuduh di dalam sebuah kenderaan di kawasan kuari Pengkalan Lobang, Mukah.

Tertuduh kemudian membawa pihak polis ke sebuah rumah tidak bernombor di Pengkalan Lobang, yang membawa kepada penemuan sehelai kemeja T dan sepasang seluar dalam wanita.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Buang bayi: Suspek dihadap ke mahkamah hari ini
Next: Terima upah RM5,000 bawa dadah naik pesawat ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.