KOTA KINABALU, 16 Oktober: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 15 Jan tahun hadapan untuk memberikan keputusannya dalam inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.
Koroner Amir Shah Amri Hassan menetapkan tarikh itu hari ini, susulan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan.
Beliau berkata pihak-pihak terlibat diberikan masa sehingga 15 Disember tahun ini untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Amir Shah berkata mahkamah juga telah menetapkan 8 Januari 2027 untuk penjelasan hujahan.
“Keputusan, akan dibacakan dalam Bahasa Melayu,” katanya.
Berita lanjut menyusul




