



MEXICO CITY: Ratusan orang menyerbu festival peminat di bandar Monterrey di utara Mexico menjelang perlawanan kalah mati Mexico, tuan rumah bersama Piala Dunia, menentang Ecuador di Mexico City, menurut Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik laporan media pada Selasa.
Polis menggunakan semburan lada, menurut laporan. Menurut penyiar Telediario, beberapa orang cedera dalam pergelutan itu. Setakat ini tiada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.
Selepas pekarangan Parque Fundidora mencapai kapasiti maksimum sekitar 100,000 orang, pusat akses telah ditutup, lapor akhbar El Norte.
Tindakan itu mendorong peminat cuba membuka pintu pagar secara paksa, memanjat pagar atau menumbangkannya, menurut akhbar itu.
Di Mexico City, ratusan ribu orang berkumpul di dataran Zócalo dan di sepanjang jalan besar Paseo de la Reforma untuk menonton perlawanan berkenaan.
Peminat di sana juga cuba menyerbu festival peminat di pusat bersejarah bandar itu. Di tempat lain, di bandar Guadalajara, beberapa peminat telah ditahan selepas gangguan di pesta peminat, menurut penyiar Milenio. – Bernama-dpa