Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan semula SK Orang Kaya Mohammad
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan semula SK Orang Kaya Mohammad

Utusan Sarawak 4 months ago
TINJAU TAPAK…Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn bersama pegawai berkaitan meninjau tapak cadangan pembinaan gantian penuh 30 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Orang Kaya Mohammad, Bintulu.

BINTULU: Pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad kini berada pada tahap 92 peratus siap.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang April ini, bergantung kepada kelancaran proses pematuhan keselamatan, terutamanya yang melibatkan aspek kebombaan.

TAKLIMAT…Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn mendengar taklimat daripada Jurutera JKR Bahagian Bintulu, Lau Pit Hwa mengenai perkembangan pembinaan semula SK Orang Kaya Mohammad, Bintulu.

“Jika semuanya berjalan lancar, terutama dalam mematuhi peraturan keselamatan kebakaran, kami berharap pihak bomba dapat membantu memastikan semua syarat dipatuhi.
“Kami berharap pada Jun, para pelajar dapat berpindah ke sekolah ini dengan semua langkah keselamatan yang diperlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan gantian penuh 30 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Orang Kaya Mohammad di sini, hari ini.
Tambahnya, projek tersebut penting untuk Bandar Bintulu berikutan peningkatan pesat populasi di kawasan itu, sekali gus memerlukan kemudahan pendidikan yang lebih baik.
Ketika ditanya mengenai isu yang timbul dalam projek itu, Roland memaklumkan bahawa masalah utama adalah kelewatan pemindahan kabel utiliti.
“Masalah utama yang menyebabkan sedikit kelewatan adalah berkaitan dengan pemindahan kabel utiliti.
“Itu sahaja yang menyebabkan sedikit kelewatan,” ujarnya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia digesa sertai SKUAD Antidadah
Next: KEMAS mahu Taska, Tabika jadi pilihan utama ibu bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.