Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pembinaan kemudahan di Kelantan mula tahun depan
  • SUKAN

Pembinaan kemudahan di Kelantan mula tahun depan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat (dua dari kiri) melihat bola yang bakal digunakan dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP). Cola tersebut diperkenalkan oleh Pengarah Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Safrusahar Mohd Yusof (kiri) ketika Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan bersama NFDP, baru-baru ini. •Foto BERNAMA

SUKMA XXI

KERJA-KERJA pembinaan empat infrastruktur utama bagi persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Kelantan dijangka dimulakan tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.

“Kami telah melawat negeri-negeri khususnya Johor yang kini sedang menguruskan Sukma ke-20 dan kami baru selesai buat pengurusan nilai melibatkan lokasi-lokasi dan infrastruktur yang kita akan bina di Kelantan.

“Bila siap nanti kita akan majukan kepada jemaah menteri untuk mendapatkan jawapan balas melibatkan berapa banyak kerajaan mampu memberi sumbangan kepada Kelantan dalam persiapan membina infrastruktur berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 di Kota Bahru, baru-baru ini.

Wan Roslan berkata infrastruktur itu dijangka didirikan di atas tanah seluas 60 hektar di Bukit Merbau di Pasir Puteh selain beberapa lokasi lain seperti Kota Bharu dan Jeli.

“Pembinaan itu juga bertaraf antarabangsa termasuklah litar-litar sukan bermotor dan keperluan asas lain seperti asrama dan juga Pejabat Perbadanan Stadium.

“Kerajaan negeri telah membelanjakan RM10 juta untuk membayar tanah rakyat di kawasan Bukit Merbau sebagai langkah awal untuk pembinaan kemudahan sukan itu,” katanya.

Katanya, satu sekretariat juga akan ditubuhkan untuk menjadi penggerak dan pemikir bagi pelaksanaan semua infrastruktur yang dirancang.  “Kami telah meminta Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan untuk menyediakan satu pelan pembangunan atlet supaya Kelantan juga turut menjuarai beberapa sukan pilihan dalam Sukma nanti, bukan sekadar menjadi tuan rumah,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: Pemain berdepan jadual berbahaya – Mourinho
Next: Edisi ke-33 Piala Tun Sharifah Rodziah ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.