Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembentukan Kabinet perlu berlandaskan kaliber bukan kuota
  • TEMPATAN

Pembentukan Kabinet perlu berlandaskan kaliber bukan kuota

Utusan Sarawak 3 years ago

“Saya berharap barisan Kabinet baharu ini terdiri daripada mereka yang berkaliber dan berkemampuan tertinggi untuk mengurus semua kementerian dengan melaksanakan budaya pengurusan terbaik dan memperkenalkan dasar yang membina untuk pembangunan negara." - Datuk Abdullah Saidol

KUCHING: Pembentukan Kabinet Persekutuan mestilah berdasarkan kaliber dan kemampuan, bukannya kuota bagi setiap parti yang menyokong ‘Kerajaan Perpaduan’, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Katanya, rakyat dan maruah negara harus diutamakan dalam aspek ini.

“Saya yakin semua rakyat mahukan kerajaan yang mampu mentadbir dan mengurus negara dengan telus, berintegriti dan cekap terutama dalam pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Saya berharap barisan Kabinet baharu ini terdiri daripada mereka yang berkaliber dan berkemampuan tertinggi untuk mengurus semua kementerian dengan melaksanakan budaya pengurusan terbaik dan memperkenalkan dasar yang membina untuk pembangunan negara,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sebentar tadi.

Katanya, kebajikan rakyat dan maruah negara harus diutamakan dan bukannya kepentingan individu dan kedudukan mereka.

Kabinet Persekutuan yang baharu perlu dibentuk berikutan majlis angkat sumpah Perdana Menteri baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: 62 sekolah daif telah siap dibaik pulih di Sarawak
Next: PM Anwar akan bertemu Premier Sarawak masa terdekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.