Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur terus jadi fokus utama
  • Selatan
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur terus jadi fokus utama

Utusan Sarawak 3 months ago
RAKAM KENANGAN… Dr. Johnical Rayong Ngipa merakam gambar kenangan bersama para penerima geran MRP pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Jelanie Renggan, Darai, Ulu Skrang.

ENGKILILI: Pembangunan kemudahan infrastruktur akan terus menjadi fokus utama kerajaan Sarawak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Engkilili Dr. Johnical Rayong Ngipa berkata ia adalah bagi memastikan rakyat di Engkilili dapat terus menikmati kemudahan infrastruktur terbaik setara dengan apa yang dinikmati setanding penduduk di bandar masa kini.

“Pembangunan kemudahan infrastruktur terus menjadi fokus utama kita di Engkilili selepas ini. Ia akan kita lakukan menerusi perlaksanaan projek transformasi luar bandar (RTP), projek kecil luar bandar (MRP) mahu pun pada projek program penambahbaikan rumah rakyat miskin Sarawak (PPRMS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jelanie Renggan di Darai Ulu Skrang, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai bukti, kebanyakan projek infrastruktur seperti jalan raya dan elektrik serta bekalan air terawat dan bersih juga sedang giat dilaksanakan pada waktu ini menerusi pelbagai agensi seperti Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dan sebagainya di Engkilili.

SERAH GERAN… Dr Johnical Rayong Ngipa ketika menyerahkan geran MRP kepada salah seorang penerima.

“Ada orang selalu marahkan wakil rakyat, marahkan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah kerana mereka tidak tahu rancangan pembangunan yang dirancang dan akan dijalankan oleh kerajaan di Engkilili.

“Seperti contoh, projek naik taraf jalan raya bermula daripada Rumah Liman ke Nanga Entalau yang akan dijalankan menerusi peruntukkan di bawah SADA. Yang sepatutnya dirasmikan pada Disember lepas, tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal dan sekarang kita sedang menunggu pihak berkaitan mengeluarkan peringkat penyediaan dokumen (BQ) yang baharu untuk projek tersebut.

“Jalan ini nanti akan terus ke Nanga Tebeliau dan seterusnya bersambung dengan jalan di Lemanak. Apa yang diperlukan pada ketika ini adalah saya minta agar penduduk di kawasan terbabit agar bersabar kerana projek-projek ini sedang berjalan dan akan siap tidak lama lagi,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, rakyat di Engkilili seharusnya terus kekal bersatu padu dan berterima kasih serta berdiri teguh di belakang kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita harus berterima kasih kepada Abang Johari kerana telah membangunkan kawasan luar bandar di Engkilili khasnya dengan begitu baik sekali pada ketika ini.

“Oleh itu, sudah menjadi tanggung jawab kita sebagai rakyat harus terus kekal berdiri teguh dibelakang beliau demi untuk merealisasikan impian beliau dalam membawa pembangunan yang lebih banyak untuk kesejahteraan rakyat Sarawak di masa depan,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, Dr. Johnical Rayong Ngipa turut menyerahkan cek peruntukan geran MRP kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta biro wanita daripada lima rumah panjang dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM57,000.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja ditahan dalam operasi samseng jalanan
Next: UTS usaha tingkatkan jumlah pelajar antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.