Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembalakan haram menurun
  • TEMPATAN

Pembalakan haram menurun

Utusan Sarawak 4 years ago
JAGA WARISAN KITA … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunjukkan plak informasi mengenai pokok selepas upacara menanam pokok belian semasa Majlis Penanaman Pokok Belian di pekarangan Bukit Siol,Kuching semalam. •Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kadar pembalakan haram di Sarawak menurun disebabkan penggunaan pesawat pengesan udara dan dron, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kadar pembalakan haram di negeri ini pada masa sekarang sangat rendah kerana wujudnya teknologi berkenaan.

“Kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan teknologi baharu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Sarawak di Bukit Siol, DBKU, di sini semalam.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak mengeluarkan arahan iaitu setiap syarikat pembalakan di negeri ini perlu melaksanakan aktiviti restorasi di kawasan lesen masing-masing.

“Setiap syarikat pembalakan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan iaitu melakukan aktiviti penanaman semula pokok di kawasan yang telah ditebang,” jelasnya.

Tegasnya, kerajaan negeri hanya akan mengeluarkan lesen kepada syarikat pembalakan sekiranya mereka mematuhi arahan tersebut.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sumbangan penjawat awam amat dihargai
Next: Rayuan BKSS: 120,000 penerima diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.