Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu tersepit dalam kemalangan dilaporkan selamat
  • KEMALANGAN

Pemandu tersepit dalam kemalangan dilaporkan selamat

Utusan Sarawak 4 months ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa kemalangan di Jalan Sibu Bintulu-Selangau, pagi tadi.

SIBU: Seorang lelaki tersepit selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan lori muatan kelapa sawit di Jalan Sibu Bintulu-Selangau, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.15 pagi.

“Kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori muatan kelapa sawit.

“Seorang lelaki pemandu kenderaan pacuan empat roda tersepit pada bahagian kaki dan berjaya di keluarkan oleh anggota bomba,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, mangsa diserahkan kepada ambulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita hamil cedera, bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan
Next: Dua sepupu maut, motosikal rempuh belakang lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.