Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelaksanaan projek diteruskan
  • TEMPATAN

Pelaksanaan projek diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
AWANG Tengah melihat dengan teliti perkembangan projek sewaktu melawat gedung MDL sambil diiringi Dr Abdul Rahman, Paulus Palu dan kenamaan lain di Limbang, semalam.

LIMBANG: Semua kerja membabitkan pelaksanaan projek infrastruktur yang terganggu akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akan diteruskan.

Ia turut membabitkan projek di bawah Northern Region Development Agency (NRDA) yang akan diteruskan mengikut jadual baru.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang melakukan lawatan kerja di Limbang semalam memberitahu, kerja menaiktaraf Gedung Majlis Daerah Limbang dekat Buangsiul bernilai RM1.1 juta  dan  Pasar Limbang dengan kos RM852,400  di bawah Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) diteruskan pembinaannya pada tahun ini.

Beliau yang ditemui media memberitahu, Gedung MDL yang dijangka siap pada awal Januari tahun hadapan merangkumi kerja merobohkan pusat penyembelihan kerbau dan kuarters pekerja,  menaiktaraf gedung MDL serta pembinaan semula  kuarters pekerja.

“Manakala Projek menaik taraf Pasar Limbang merangkumi kerja mengecat bangunan, penggantian bumbung logam, penambah baikan  kawasan gerai makanan, penggantian  aluminium yang ada, penggantian jubin yang pecah, kerja pembaikan saliran, retakan dan kebocoran dijangka siap Februari tahun hadapan,” kata beliau.

Turut sama ialah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Sarawak berkata, kedua-dua projek terbabit berdepan kelewatan selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.

Namun beliau optimis kerja pembinaan projek tersebut akan dapat disiapkan mengikut jadual baru yang telah ditetapkan.

Awang Tengah turut memberitahu, beberapa projek NRDA di bahagian ini sudah dilaksana dan kerajaan akan memastikan  ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Continue Reading

Previous: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau
Next: Elak gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.