Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pejalan kaki maut, langgar lari
  • KEMALANGAN

Pejalan kaki maut, langgar lari

Utusan Sarawak 7 months ago
KEADAAN mangsa yang terbaring atas jalan raya selepas dipercayai dilanggar lari dalam satu kejadian berdekatan Loji Laku di Jalan Nyabau, Bintulu, awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang pejalan kaki maut selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas di Jalan Nyabau, berdekatan Loji LAKU di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, insiden malang itu berlaku sekitar 5.00 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki berusia 31 tahun, terbaring di lorong kanan jalan selepas dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah lampu isyarat Flyover Batu 6 menuju ke arah Tanjung Kidurong.

“Semasa kejadian, mangsa dipercayai ingin menyeberang jalan sebelum dilanggar oleh pemandu kenderaan yang melarikan diri selepas insiden tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Nixon turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian kemalangan yang berlaku.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Pung Ting Khang, di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di 086-318304,” ujarnya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Warga emas maut, dua kereta bertembung
Next: Dua rumah terjejas kebakaran di Taman Matang Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.