Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peguam Negara Bangladesh letak jawatan
  • GLOBAL

Peguam Negara Bangladesh letak jawatan

Utusan Sarawak 10 months ago
AMIN Uddin.

MOSCOW: Peguam Negara Bangladesh Amin Uddin telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden negara itu, Mohammed Shahabuddin, lapor Sputnik semalam, memetik laporan Daily Star.

“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden. Saya menyatakan kesukaran peribadi sebagai alasan peletakan jawatan dalam surat itu,” kata Uddin kepada akhbar berkenaan.

Beliau dilantik sebagai peguam negara pada 2020, kata laporan itu.

Protes bermula di Dhaka dan seluruh Bangladesh selepas pengumuman tindakan “tidak bekerjasama” selama beberapa hari dengan pihak berkuasa oleh Gerakan Pelajar Antidiskriminasi pada Ahad.

Perbalahan antara pelajar, polis dan penyokong kerajaan telah mencetuskan rusuhan. Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, meletak jawatan di tengah-tengah kekacauan itu.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa Hasina dan kakaknya telah meninggalkan kediaman rasmi di Dhaka dan melarikan diri ke India, yang disahkan oleh Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar. – Bernama – Sputnik                      

Continue Reading

Previous: Kereta api Hutan Alishan pemandangan Taiwan sambung semula perkhidmatan selepas 15 tahun hiatus
Next: Konsert Taylor Swift di Vienna dibatalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.